Pada Sabtu yang lalu, telah berlangsungnya Perlawanan Piala AFF yang menyaksikan pertarung4n separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thail4nd di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Terbaharu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan aksi penonton ketika berada di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menerusi video tersebut, dapat dilihat penonton melontarkan gelas minum4n plastik secara rambang selepas perlawanan tamat.
Bukan itu sahaja, segelintir penonton terlihat gembira membaling gel4s minuman plastik yang masih lagi berisi air minuman. Video TikTok itu telah dikongsikan kembali oleh beberapa pengguna media sosi4l lain dan mendapat perhatian orang ramai.
Rata-rata netizen berasa kurang sen4ng dengan sikap yang ditonjolkan oleh penonton tersebut seperti tidak berfikir akan kesan tindakan mereka. Malah, para netizen turut mengatakan tindak4n mereka mengotorkan tempat tersebut dan seharusnya mereka membuang sampah ke tong sampah.
Para netizen juga berasa pelik mengapa mereka harus membaling samp4h seperti itu dan pastinya akan menyukarkan proses pembersihan. Malah, ada juga netizen membandingk4n dengan penonton di negara lain yang membersihkan tempat duduk stadium selepas perlawanan tamat.