Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar di sini pada Rabu selepas membenarkan permohonan Suruh4njaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum itu, kedua-dua suspek tiba di mahkam4h pada jam 10.03 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan tangan bergari.
Pada Selasa, pemilik dan pengarah syarikat terbabit ditahan secara berasingan selepas mereka disy4ki membuat tuntuan palsu berjumlah RM20.3 juta.
Lelaki berusia 51 tahun yang juga pengarah sebuah syarik4t ditahan di Pejabat SPRM Kedah pada jam 1 tengah hari.
Seorang lagi lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor, pada jam 3 petang pada hari sama.
Kedua-dua suspek ditahan hasil maklumat mengatakan beber4pa syarikat bersubahat dalam mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM20.3 juta yang
dibuat kepada Jabatan Perkhidmat4n Veterinar pada 2015.
Tuntutan itu membabitkan bayaran insentif Projek Penternak4n Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13)-Economy Transformation Plan (ETP).
Bagaimanapun tiada bekalan dibuat bagi projek terbabit dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dilakukan dengan proses mengesan lebih ramai saksi.