IBU kepada chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia.
Baru-baru ini dimasukkan ke hospital susulan mengalami kegagalan fungsi hati dan dalam masa yang sama menyakit kanser payudara, demensia dan Alzheimer, Noraini Abdullah, 90, dimaklumk4n meninggal dunia pada 6.20 pagi.
Chef Wan memaklumkan khabar duka tersebut menerusi laman sosial Instagram.
“Dengan kesedihan yang mendalam ibu tersayang telah meningg4l dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.
“May her soul rest in peace, diampun segala dosa-dosa beliau d4n ditempatkan bersama sama orang-orang yang beriman.
“Al-Fatihah, terima kasih banyak untuk semua ucapan dan doa b4ik anda untuk ibu saya. Alhamdulillah,” titip Chef Wan.
Baca juga: Alami kegagalan fungsi hati, Chef Wan kongsi keadaan terkini ibu
Chef Wan memaklumkan jenazah ibunya akan diurusk4n di Masjid Putra, Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.
Noraini yang mesra disapa Cik Ani mengalami kegagalan hati disebabkan ketumbuhan kanser yang membesar.