Murid T4hun Tiga sam4n guru KAFA, YIT RM410,000

KUALA TERENGGANU – Seorang murid Tahun Tiga memfailkan saman terhad4p seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) kerana melakuk4n perbuatan cuai hingga menyebabkan tulang tibia atau fibulanya patah, pada 6 Julai lalu.

Nor Azlina Mohd Yasin, 37, yang mewakili anaknya, Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan, 10, sebagai plaintif memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Sesyen, di sini melalui pegu4m Mohd Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co.

Selain guru KAFA tersebut, plaintif turut menamak4n Yayasan Islam Terengganu (YIT) sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nor Azlina mendakwa perbuatan defendan pertama yang memegang dan menghempas anaknya ke atas kerusi sehingga mendatangk4n kecederaan merupakan serangan yang menyal4hi undang-undang tort dan jenayah.

Akibat perbuatan defendan pertama, plaintif terpaksa menjalani rawat4n pemulihan, bakal menghadapi risiko kecacatan kekal berikutan kecederaan dialaminya selain mengalami tekanan emosi dan mental.

Plaintif turut menyatakan defendan kedua sebagai majikan cuai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka hingga menyebabkan berlakunya kecederaan pada plaintif oleh defendan pertama.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am berjumlah RM410,000, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas pada suatu jumlah yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru KAFA dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Marang.

 

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusi4 sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Ibu mangsa menyedari kejadian menimpa an4knya kira-kira jam 5 petang hari yang sama selepas mangsa mengadu kakinya sakit.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments