Tiada arah4n menteri isytihar hart4 – Rafizi

PUTRAJAYA – Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menteri kabinet mengisytiharkan harta mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu tid4k pernah dibincangkan termasuk di dalam mesyuarat kabinet.

“Setakat ini tidak ada,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan platform data terbuka, Open DOSM Next Gen di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sama ada terdapat menteri lain yang diarahkan berbuat demikian oleh Anwar atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia di luar pengetahuannya.

“Saya tidak tahu,” ujar Rafizi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada arah4n pengisytiharan harta dikeluarkan terhadap menteri kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, sebahagian besar daripad4 72 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya berbuat demikian.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments