Ringgit melonj4k ke par4s tertinggi 10 bulan

RINGGIT melonjak ke paras tertinggi 10 bulan berbanding dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan di Amerika Syarikat pada masa hadapan selep4s data inflasi AS terkini menunjukkan arah aliran menurun.

Pada 9 pagi, ringgit menamb4h nilai sebanyak 270 mata asas kepada 4.3300/3350 berbanding dolar AS, paras terakhir dilihat pada April 2022, daripada 4.3570/3615 penutup Khamis.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, penunjuk inflasi, adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, pada 6.5 peratus tahun ke tahun.

Beliau berkata pasaran mentafsir ini sebagai isyarat bahawa inflasi adal4h terkawal di Amerika Syarikat dan ini mungkin mendorong Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedah pada separuh kedua 2023.

“Ramai yang kini meramalkan peningkatan 25 mata asas p4da masa hadapan. Semua ini menunjukkan kepada penyusutan selanjutnya dolar AS dalam jangka pendek dan sederhana.

“Dengan inflasi dan kadar faedah yang lebih rendah, pelabur mencari alternatif pelaburan yang lebih menarik dan boleh menjual dolar AS untuk membeli aset yang lebih berisiko, seperti sah4m atau mata wang lain,” kata Diniz kepada Bernama.

Dari sudut teknikal, beliau berkata gandingan dolar AS-ringgit telah mula menembusi paras sokongan pada 4.3650 dan kemungkinan ia akan turun serendah 4.30 dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, seorang pengan4lisis berkata angka ekonomi Malaysia yang positif, yang telah mendorong minat belian terhadap ringgit, turut disokong oleh pembukaan semula ekonomi China yang berterusan

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments