Taliban lanc4r ‘supercar’ pertama buat4n Afghanistan

KABUL – Pemerintah Taliban melancarkan ‘supercar’ pertama hasil rekaan dan buatan Afghanistan.

Prototaip kereta sport, Mada 9 itu adalah projek yang dijalankan selama lima t4hun oleh 30 jurutera di pengeluar ENTOP dan Institut Vokasional Teknikal Afghanistan (ATVI).

Keupayaannya untuk beraksi di jalan raya masih tid4k dapat dipastikan berikutan ENTOP tidak mengeluarkan sebarang data tentang prestasinya.

Ia berkemungkinan belum mampu bersaing dengan Bugatti dan McLaren memandangkan enjin yang digunakan pada Mada 9 sama seperti Toyota Corolla, namun ia telah diub4h suai bagi meningkatkan kelajuannya.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid turut berkongsi imej superc4r itu di media sosial dan menyifatkan rekaannya sebagai satu kebanggaan kepada seluruh negara.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidik4n Vokasional atas pencapaian berharga mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ENTOP, Mohammad Riza Ahmadi berkata, beliau berharap supecar itu dapat menyampaikan ilmu kepada orang ramai dan dapat membantu melonjakkan imej Afghanistan ke persada antarabangsa.

“Ia akan memulakan perjalanan di Kabul dan mungkin ke peringk4t dunia satu hari nanti,” katanya. – Agensi

 

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments