Kapal dari Hong Kong, Panam4 ditahan bersauh t4npa kebenaran

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan dua buah kapal asing kerana bersauh secara haram di perairan daerah ini pada Jumaat.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, bot ronda Maritim melakukan penahanan pertama terhadap kapal pengangkut dari Hong Kong sekit4r jam 1 petang pada kedudukan 23.9 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

“Setelah pemeriksaan dilakukan mendapati merek4 gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal pengangkut tanpa muatan itu dikendalikan 19 kru lelaki termasuk nakhoda warga Filipina dan China berusia 25 hingga 53 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” kat4nya dalam kenyataan pada Sabtu.

Maritim Malaysia menahan sebuah kapal pengangkut dari Hong Kong pada keduduk4n 23.9 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi pada Jumaat.

 

Beliau berkata, bot ronda Maritim melakukan penahan4n kedua melibatkan kapal tangki dari Panama pada kedudukan 31 batu nautika timur laut Tanjung Gemoh pada jam 4.10 petang kerana melakukan kesalahan yang sama.

Menurutnya, kapal tangki itu dikendalikan 25 kru lelaki termasuk nakhoda warga Ukraine, Pakistan, Iran, Georgia, India, Filipina dan Rusia berumur lingkungan 27 hingga 53 tahun serta mempuny4i dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau memberitahu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran atau kelulusan yang memperuntukkan dend4 tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments