Jangan tak percaya, Faiq Bolkiah adalah pemegang rekod pemain bola yang paling kaya di dunia dengan anggaran pendapatan mencecah RM87 bilion.
Siapakah beliau?adakah setanding bint4ng bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi ataupun Neymar. Okay lah, untuk pengetahuan semua pemain bola berusia 24 tahun ini merupak4n bekas pemain bola Leicester City. Dia memulakan karier di usia muda yang dipilih Southampton pada 2009 untuk sertai akademi bola sepak terkenal itu.
Anak Saudara Sultan Brunei
Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Sumber gambar: laacib.net
Menariknya, beliau juga merupakan anak saudara kepada Sultan Hassanal Bolkiah dimana bapanya adik kepada Sultan Brunei. Khabarnya, Faiq Bolkiah juga merupak4n salah seorang pewaris takhta raja. Darah kerabat mengalir dari dalam dirinya walaupun pemuda berusia 24 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles.
Terkini, Faiq menyertai kelab baharuny4 dari Thailand iaitu , Chonburi FC setelah gagal di England bersama Arsenal, Chelsea dan Leicester.
Perpindahan itu menawarkanny4 talian hayat dalam kariernya selepas dilepaskan oleh pasukan Portugal, Maritimo pada akhir tahun 2021.
Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Meskipun Faiq bermula dengan cemerlang dan menerim4 anugerah pemain terbaik pelawanan sebanyak dua kali, malangnya dia gagal menjaringkan gol sepanjang 14 penampilan bersama kelab itu.
Pemain sayap itu juga tidak memperoleh masa permain4n yang maksimum di mana lima daripada penampilannya bermula dari bangku simpanan, manakala dia dikeluarkan pada separuh masa selepas membarisi kesebelasan utama dalam dua perlawanan.
Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Dalam perlawanan terbaru di mana Chonburi tewas 1-4 kepada Pathum United, dalam perlawanan terakhir mereka musim ini, menyaksikan kelab itu menamatkan saing4n liga di tempat ketujuh.
Sejak itu, dia menulis di Instagram, “Terima kasih peminat atas sokongan anda musim ini. Anda sangat luar biasa”.
FYI, bapa kepada Faiq iaitu Jefri Bolkiah mempunyai 2,300 buah kereta koleksi dan kebanyakannya adalah jenama mewah seperti Ferrari, Bentley hingga Rolls Royce. Fuh, patutlah dia jadi pemain bola sepak terkaya di dunia.