Bap4 pukul, ugut tetak an4k gara-gara main telefon

Berang anak perempuannya bermain telefon hingga lewat malam, seorang bapa bertind4k memukul dan mengugut untuk menetak mangsa dengan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah di Lembah Subang pada Jumaat.

Bagaimanapun tindak4n lelaki berumur 56 tahun itu membawa padah apabila suspek diberkas pada hari sama oleh sepasukan anggota polis yang menyerbu lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 1.18 petang.

“Siasatan awal dijalankan mendapati suspek yang bekerj4 sebagai pembantu restoran bertindak mengugut anaknya dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging.

“Suspek juga sebelum itu bertindak memukul mangsa berumur 15 tahun itu dengan menggunakan tali pinggang,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil laporan dibuat mangsa, sepasuk4n anggota polis dikejarkan ke lokasi kira-kira jam 10.30 malam bagi memberkas suspek.

“Polis turut merampas parang yang dipercay4i digunakan ketika kejadian dan suspek kemudiannya direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001,” jelasnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments