Bekas polis ditah4n bersama g4nja RM1.13 juta

GEORGETOWN – Seorang bekas anggota polis berpangkat Koper4l ditahan bersama isteri dan rakannya dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dad4h jenis ganja di Penaga, Seberang Perai Utara pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam tangkapan itu, polis merampas 453 ketulan mampat ganja seberat 451.870 kilogram (kg) bernilai RM1.13 juta.

Menurutnya, polis menahan bekas anggota polis berusia 33 tahun itu ketika ber4da di atas motosikal di tepi jalan di hadapan rumahnya pada jam 7.30 malam.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, kita merampas 10 ketulan mampat daun kering berbalut kertas berwarna keemasan dadah ganja seberat 10.166 kg bernilai RM25,000.

“Susulan daripada tangkapan tersebut, kita menyerbu rumah suspek lalu menahan isterinya yang berusia 33 tahun. Di rumah tersebut, kita merampas 443 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 441.704 kg bernilai RM1.11 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Menurut Mohd Shuhaily, selepas pasangan su4mi isteri itu ditahan, polis menahan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang merupakan dalang sindiket berkenaan.

“Kita menahan suspek ketiga di rumahnya yang terletak berdekat4n dengan rumah suspek pertama, pada jam 8.30 malam. Tiada rampasan dadah pada suspek ketiga, hanya wang tunai bernilai RM37,000 sahaja.

“Hasil risikan, sindiket yang didalangi oleh ahli perniagaan tersebut bergiat aktif sejak awal 2022 dan kesemua dadah tersebut untuk pasaran tempatan.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments