Ibu angk4t meninggal, kanak-kan4k 10 tahun cari ibu kandung

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak perempu4n berusia 10 tahun dari Kampung Belukar Tebu, di sini memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan ibu kandungnya warga Vietnam yang dikenali sebagai Nguyen.

Sufia Az-Zahra Ghazali mencari ibu kandung selepas ibu angkat, Suziraazmaw4ti Nor yang menjaganya sejak dia berusia tiga hari meninggal dunia Oktober tahun lalu.

Sejak itu Sufia Az-Zahra Ghazali dijaga oleh Esah Jenal, 71, yang merupakan ibu kepada Suziraazmawati.

Esah berkata, Nguyen yang ketika itu berusi4 40-an dan bekerja di Pulau Pinang telah menyerahkan Sufia Az-Zahra kepada arwah anaknya.

“Saya dan ahli keluarga lain tidak mengenali Nguyen, jadi situasi itu menyukark4n kami mencarinya. Hal ini kerana hanya arwah mengenali dia.

“Arwah telah meninggal dunia disebabkan penyakit buah pinggang kronik dan sekarang Sufia Az-Zahra di bawah jagaan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Esah, Sufia Az-Zahra yang dianggap seperti cucunya sendiri itu hanya memiliki sijil kelahiran buk4n warganegara yang sempat dibuat oleh arwah anaknya.

“Ketika proses akuan pengambilan anak angkat sedang dibuat, arw4h anak sedang diuji dengan penyakit kronik dan telah meningg4l dunia,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments