Tiga did4kwa buat tuntutan p4lsu hampir RM150,000

MELAKA – Tiga individu didakwa di Mahkamah Seksyen, di sini pada Isnin kerana mengemukak4n dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM147,400.

Tertuduh, Muhammad Hafizi Ab Jamal, 33, Nurul Ain Shamsudin, 30, dan Asmida Shahfika Abdul Rahman, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selep4s pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan dua pertuduhan terhadap Muhammad Hafizi yang juga pengurus syarikat Rizky H&I Global, dia didakwa mengemukakan butiran palsu melibatkan senarai nama pekerj4 tidak wujud bagi menuntut insentif berkenaan berjumlah RM74,600.

 

Nurul Ain (dua dari kiri) mengaku tidak bersal4h di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin.

 

Manakala Asmida Shahfika yang merupakan pemilik syarikat Roti Warisan Enterprise turut didakwa atas kesalahan sama iaitu dengan mengemukakan butir nama pekerja baharu sedangk4n mereka bukan pekerja di syarikat miliknya, melibatkan tuntutan RM36,900.

Manakala Nurul Ain yang juga pengurus Syarikat Zaharain Enterprise turut didakwa atas kesalahan sama membabitkan jumlah RM35,900.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perkeso Melaka, di sini antara 19 Mei 2021 hingga 18 Jun 2021.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dend4 lima kali ganda nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

 

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Ikhwan Zaudi Nordin dan Mohd Yasri Yahya mencadangkan jaminan RM15,000 dikenakan kepada Asmida Shahfika dan Nurul Ain manakala RM40,000 terhadap Muhammad Hafizi dengan mengambil kira nilai tuntutan yang dilakuk4n mereka.

Asmida Shahfika (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Isnin.

 

Pihak pendakwaan turut memohon ketiga-tiga tertuduh menyerahk4n passport kepada mahkamah, selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Elesabet kemudian membenarkan dua tertuduh wanita diikat jamin RM8,000 manakala Muhammad Hafizi dibenarkan dengan jumlah jaminan RM20,000.

Mahkamah turut membenarkan kesemua syar4t tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Asmida Shahfika dan Nurul Ain diwakili peguam Hafizah Sani manakala Muhammad Hafizi tidak diwakili peguam.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments