Anwar Ibrahim Ded4h Hutang Neg4ra Termasuk Liabiliti Sudah Mencapai RM1.5 Trilion

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahk4n hutang negara kini sudah mencecah hampir RM1.2 trilion dan usaha menanganinya wajar disegerakan, lapor Berita Harian.

 

Kedudukan hutang negara terkini itu menurut Perdana Menteri sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia turut memberi kes4n apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, hari ini.

Tambah beliau, ketika ini kemerosotan ekonomi masih belum reda manakala keadaannya masih malap yang turut terkesan dengan perkembangan antarabangsa global, perang Ukraine-Russia serta pasca COVID-19.

“Kalau ikut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri pun, ia (ekonomi) terus menurun.

“Cabaran kita. Masalah-masal4hnya ialah, hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trillion. Ini kenyataan, kerana ada pertikai, kenyataan berubah-ubah.

“Kalau termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trillion,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, semua pihak termasuk kepimpinan dan wakil kementerian harus menerima kenyataan tersebut, bahawa ia bukan lagi urusan biasa selain merek4 tidak seharusnya terus selesa.

  • SUMBER
  • Berita Harian

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments