Kekurangan Bekal4n Mikrocip, Pengeluaran Kad MyKid Ditangguhk4n Selama 6 Bulan

Buat kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun, merek4 mempunyai kad pengenalan bercip yang dikenali sebagai MyKid. Dengan kad ini, ibu bapa atau penjaga boleh berurusan dengan lebih mudah dan pantas di dalam perihal seharian anak-anak.

 

Memetik daripada laporan Bernama, pengeluar4n kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkes4n di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda di dunia.

Sumber Gambar: The Star

Namun begitu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menjangkakan tempoh menunggu yang lebih lama kerana JPN akan akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

Buat sementara waktu ini, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak MyKid.

Susulan daripada itu, beliau meminta semua agensi kerajaan dan swast4 supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu adalah satu-satunya dokumen yang diiktiraf bagi urusan rasmi seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

  • SUMBER
  • BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments