“Mecca, Makkah Atau Mekah?” – Hanya Satu Ejaan Y4ng Betul Ini Diiktir4f Arab Saudi & OIC

Umum sedia maklum, apabila tulis nama atau perkataan Arab dal4m huruf Rumi, perbezaan ejaan pasti suatu perkara lazim yang kita temui

Lihat sahaja perkataan seperti “Quran” atau nama seperti “Muhammad”. Setiap satu pasti ada banyak variasinya. Bagi Quran, terdapat kepelbagaian cara ejaan lain seperti al-Quran, Koran, Quraan, Qur’an dan sebagainya mengikut kaedah sistem bahasa di negara tertentu.

Selain itu, lebih banyak lagi variasi bagi perkataan Muhammad yang dieja Mohamed, Mohamad, Muhamed, Muhammet, Mohammad, Mehmet, Mehmed, Muhd, Mohd, Md dan sebagainya.

Begitupun, menurut laporan Arab News, satu hakikat mengenai perkataan Arab yang mungkin kurang diketahui ramai ialah ejaan Makkah.

Walhal cara betul penggunaan huruf Rumi sudah lama dimuktamadk4n dan telah ditetapkan melalui satu perintah diraja Arab Saudi dengan ejaan tunggal yang betul iaitu ‘Makkah’.

Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tunggal umat Islam seluruh dunia.

Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tungg4l umat Islam seluruh dunia.

Image via AFP

Ejaan “Makkah” digunakan dalam semua urusan sektor pemerintah dan swasta dalam negara itu apabila diselaras ejaannya dengan huruf Rumi

Arab News melaporkan bahawa meskipun demikian kebanyakan pihak berkuasa di luar negara masih sengaja mengeja nama kota suci tersebut sebagai “Mecca” sehingga melawan titah Raja Arab Saudi.

Realitinya ejaan seragam ini diarahkan Allahyarham Raja Fahd Abdul Aziz yang ketika itu Putera Mahkota dengan mengeluarkan titah yang mengisytiharkan cara ejaan “Mecca” sebagai salah.

Pada tahun 1980-an, baginda mengarahkan ejaan “Makkah” digunakan dalam semua urusan sektor pemerintah dan swasta dalam negara itu apabila diselaras ejaannya deng4n huruf Rumi.

Image from AFP

Image via AFP

Menurut Arab News lagi, Liga Dunia Muslim, sebuah badan tidak mengaut keuntungan yang ada beberapa pejabat di serata dunia, turut menekankan satu penggunaan ejaan yang ditetapkan.

Ini adalah penting sebagai tanda hormat terhadap kemuliaan tanah suci dan masyarakat Islam ditambah pula Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tunggal umat Islam seluruh dunia.

Ejaan Makkah turut diperakui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah dan pelbagai agensi media antarabangsa termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Walau bagaimanapun, hasil carian SEISMIK di Pusat Rujukan Persuratan Melayu pula menunjukkan ejaan perkataan Makkah dan Mekah, kedua-duanya turut diterima pakai di negara ini.

sumber : vocket

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments