Empat rakan didakwa ed4r ganja berdep4n hukuman mati

JASIN – Empat rakan termasuk dua nelayan berdepan hukum4n mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan mengedar dad4h jenis ganja seberat 99.260 kilogram (kg) pada 4 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Nor Fadzli Kamarudin, 38, Muzairi Mustapa, 44, Rozita Ab Wahab, 41, dan Mohd Najib Jaafar, 44, kelihatan tenang dan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan pertama tertuduh secara bersama-sama didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 82,640 gram.

Mereka turut dituduh secara bersama-sama didakwa menged4r dadah jenis 3-4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 16,620 gram.

 

Rozita (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret pada Rabu.

 

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebu4h rumah di Jalan Serkam Taman Serkam Jaya, Merlimau di sini, jam 3 petang pada 4 Januari lalu.

Semua kesalahan itu didakwa mengikut mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

 

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Izudddin Said, manakala hanya tertuduh Mohd Nor Fazdli diwakili peguam Salim Bashir.

Sinar Harian pda 6 Januari lalu melaporkan polis berjaya membongk4r sindiket pengedaran dadah antarabangsa bernilai RM3.8 juta di sebuah rumah di Serkam di sini.

Serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Melaka menahan lapan individu berusia 28 hingga 48 tahun termasuk dua pasangan suami isteri dalam empat serbuan berasingan di Serkam, Jasin dan Kota Damansara, Selango

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments