Pemilik pas4r raya didend4 RM30,000 sogok polis rantai emas

ALOR SETAR – Seorang pemilik pasar raya mini didenda RM30,000 atas kesalah4n menawarkan suapan seutas rantai leher emas kepada seorang anggota polis bagi melepask4n dirinya daripada dikenakan undang-undang di sebuah hotel di Alor Setar pada September 2022.

V Sancheev, 27 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas pertuduhan pilihan dibacakan oleh jurubahasa di Mahkam4h Sesyen Alor Setar pada Rabu.

Jika gagal membayar denda, tertuduh berdepan hukuman penjara 12 bulan manakala rant4i emas tersebut dilucutkan hak kepada kerajaan.

Berdasarkan pertuduhan, satu pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menyerbu sebuah bilik hotel di Alor Setar dan menemui satu paket lutsin4r berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine berad

di atas meja tepi dinding di dalam bilik terbabit pada jam 1.30 petang, 7 September 2022

Tertuduh serta dua rakannya telah ditahan dalam serbuan terbabit.

Semasa pemeriksaan sedang dijalankan oleh peng4du dan pasukannya, tertuduh masih berterusan merayu kepada pengadu yang berpangkat Sub-Inspektor dan menawarkan seutas rantai emas kepada pengadu seberat 17.5 gram yang bernilai RM4,649.95.

Penawaran itu sebagai balasan melepaskannya daripada menerima hukuman undang-undang bagi kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Sancheev didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan melakukan kesalahan serta dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

 

Sabit kesalahan hukuman penjara boleh sampai seperempat darip4da lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbal4n Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments