Lima ditah4n cuba lintas sempad4n Malaysia-Thailand

KUBANG PASU – Tiga wanita warganegara Indonesia ditahan bersama dua lelaki tempatan ketika cuba melintasi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), tangkapan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia berdasarkan maklumat perisikan.

“Ketika itu pasukan operasi mengesan pergerakan sebuah motosikal mengiringi sebuah kereta menuju ke arah sempadan dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang getah.

“Pasukan operasi kemudian bertindak menahan kedua-dua kendera4n tersebut namun lelaki yang menunggang motosikal berjaya melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kenyataan terbabit menambah, pemeriksaan ke atas kereta terb4bit menemui tiga wanita warganegara Indonesia berusia antara 40 hingga 56 tahun bersama dua lelaki tempatan.

“Kedua-dua lelaki tempatan berusia 38 tahun itu juga didapati bertindak sebagai transporter.

“Pemeriksaan lanjut ke atas ketiga-tiga wanita itu mendap4ti seorang daripadanya memiliki dokumen perjalanan yang sah, seorang telah tamat tempoh perjalanan dan seorang lagi tidak memiliki apa-apa dokumen,” katanya.

Menurut kenyataan terbabit, pasukan operasi turut membuat rampasan yang keseluruhannya bernilai RM65,139.11.

 

“Antara yang dirampas termasuklah, sebuah kereta Perodua Aruz, motosikal Modenas Kriss Star, lapan buah telefon bimbit, empat pasang subang emas dan wang tunai dalam mata wang Malaysia serta Indonesia.

“Kesemua suspek yang ditahan diserahkan kepada Bal4i Polis Bukit Kayu Hitam untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments