Suami ‘pergi’ tiba-tib4, Nadzirah bangkit demi 4nak

RANTAU PANJANG – “Saya tidak mahu terlalu memikirk4n kehilangannya dan fokus meneruskan kehidupan bersama anak,” kata bekas pekerja kilang elektronik, Nadzirah Kamaruzzaman, 29, yang kematian suami lebih sebulan lalu.

Nadzirah mengambil keputusan berhenti kerja di Shah Alam, Selangor dan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kubang Kuar di sini untuk menjual kasut terpak4i selepas suaminya, Allahyarham Mohamad Hafiz Sohani meninggal dunia akibat mati mengejut.

Berkongsi kisahnya, Nadzirah memberitahu, pada malam 31 November, dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan Mohamad Hafiz mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun katanya, ada rakan yang membantu dan suaminya boleh bercakap seperti biasa sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Saya berada di rumah bersama anak kami, Mohd Faeq Mikael Mohd Hafiz, yang ketika itu berusia tiga bulan kerana bekerja shif pagi.

“Kira-kira jam 1 pagi, adik lelaki saya datang ke rumah dan memaklumkan suami saya meninggal dunia. Luruh jantung mendengarnya kerana dia tiada penyakit selama kami saling mengenali,” katanya.

Nadzirah tidak mengambil masa panjang kerana memikirkan anak yang masih kecil dengan terus berhenti kerja dan pulang ke kampung.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT permudahkan kehidupan kami dua beranak selepas adik saya, Mohd Baharizi Kamaruzzaman mencadangkan menjual kasut berjenama terpakai,” katanya ketika lawat4n Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumah keluarg4nya pada Rabu.

 

Wan Izani ( tengah) menyampaikan sumbang4n kepada Nadzirah.

 

Lebih mengharukan katanya, modal untuk membeli k4sut hasil daripada sedekah rakan-rakan dan keluarga yang tidak pernah putus.

Nadzirah yang berpengalaman menjual beberapa produk lain sebelum ini memberitahu, jual4nnya kini sudah dikenali penduduk setemp4t dan ada yang singgah untuk membeli dan mencadangk4n supaya menambah jenis kasut.

Dia juga berhasrat menjualnya melalui dal4m talian dibantu adik.

Ibu muda itu juga memberitahu, tiada yang dimahukan dalam hidup selain membesark4n anaknya dengan sokongan dan kasih sayang keluarga.

Sementara itu Timbalan Pengar4h Perkeso negeri, Wan Izani Wan Isa berkata, Nadzirah layak menerima pencen penakat sebanyak RM1,746 sebulan seumur hidup.

“Anak Nadzirah turut layak menerima syer pencen itu sehingga berusia 21 tahun.

Menurut beliau, sebelum itu Skuad Perkeso Prihatin mengunjungi Nadzirah selepas menerim4 maklumat daripada orang awam dan memaklumkan layak menerim4 faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.

-sinar harian

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments