PENGUMUMAN tol percuma bagi semua lebuh raya di negara ini pada 20 dan 21Januari ini p4stinya menggembirakan rakyat, khususnya perantau yang berhasrat pul4ng ke kampung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keringanan yang diberikan kepada semua kelas kender4an bersempena Tahun Baharu Cina itu bertujuan bagi mengurangkan beb4n mereka, meskipun kerajaan berdepan dengan implikasi kewangan dengan angg4ran sebanyak RM40 juta.
Sudah tentu ramai yang akan mengambil peluang ini kerana sec4ra tidak langsung akan mengurangkan kos perjalanan masing-masing.
Bagaimanapun, ‘harga’ yang perlu dibayar oleh mereka tentunya kesesak4n terutamanya di lebuh raya utama melibatkan perjalanan jauh seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berk4ta, sebanyak 3.8 juta kenderaan bakal menggunakan lebuh raya di seluruh negara bersempena perayaan itu.
Isu kesesakan trafik bukanlah sesuatu yang asing di negara ini memandangkan pemilikan kenderaan bermotor di Malaysia kini dilaporkan mencecah kira-kira 33 juta, hampir menyamai jumlah keseluruhan rakyat.
Ia ditambah dengan rata-rata masyarakat kita yang mencari rezeki bukan di kampung halaman, maka ketika cuti atau perayaan menjelang tiba, kesempatan ini diambil untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang.
Meskipun mempunyai pilihan lain seperti menggunakan pengangkutan aw4m, namun penggunaan kereta masih dilihat terbaik.
Bagaimanapun, orang ramai diingatkan untuk tidak leka deng4n keseronokan memandu di jalan raya memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggariskan tujuh kesalahan utama lalu lintas yang tid4k dikompaun, sebaliknya akan terus didakwa di mahkamah, bersempena perayaan ini.
Kesalahan tersebut adalah seperti tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar (bagi penunggang motosikal) dan memandu di lorong kecemasan.
Penguatkuasaan tersebut adalah bagi membendung darip4da sebarang nahas jalan raya memandangkan sebanyak 402,626 kemalangan direkodkan pada tahun lalu.
Oleh itu, orang ramai hendaklah memastikan segala aspek keselamat4n perjalanan perlu terjaga sebelum dan semasa pemanduan.