SEREMBAN – Dua maut dalam kebakaran sebuah lori konten4 di Kilometer 259.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Port Dickson di sini pada Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 8.42 pagi itu telah mengakibatkan kesesak4n lebih 10 kilometer berikutan semua empat lorong jalan terpaksa ditutup.
Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya bergeg4s ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian jam 8.42 pagi.
“Sebaik sampai di lokasi, didapati kebakaran melibatk4n sebuah lori kontena yang membawa muatan barang lusuh dan plastik.
“Api dipercayai bermula dari bahagi4n kepala lori yang telah musn4h 100 peratus dan terdapat dua mangsa di dalam kenderaan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Bagaimanapun katanya, identiti dan jantina mangs4 masih tidak dapat dipastik4n kerana telah terbakar 90 peratus.
Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) untuk tindak4n lanjut dan bomba masih berada di lokasi untuk kerja-kerja pembersihan dan pemantauan.
“Laluan empat lorong yang telah ditutup sebelum ini tel4h pun dibuka kepada dua lorong,” katanya.