Jumpa bangk4i, najis tikus di d4pur premis mak4nan

KUANTAN – Najis dan bangkai tikus antara yang ditemui di d4pur beberapa premis makanan di sekitar Indera Mahkota dalam operasi mega bersepadu perundangan kesihatan pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Nor Azimi Yunus berkata, dalam pemeriksaan itu, tiga premis makanan yang didapati tidak mengamalkan kebersih4n diarah tutup.

Tegasnya, tindakan terbabit dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1985 bagi membolehkan pengusaha premis menjalankan kerja pembersihan.

“Dalam operasi ini, kita temui najis, bangkai dan temp4t pembiakan tikus di beberapa premis makanan.

“Malah, ada juga peti sejuk yang tidak berfungsi dengan baik dan pinggan mangkuk yang didapati sumbing serta retak.

“Berdasarkan penilaian tahap kebersihan, ia di bawah 50 peratus iaitu antara 45 dan 49 peratus.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas mengetu4i Operasi Mega Bersepadu Perundangan Kesihatan Awam di daerah Kuantan pada Jumaat.

Operasi dua hari itu bermula Jumaat melibatkan 135 anggota penguat kuasa JKN Pahang, pejabat kesihatan daerah serta Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nor Azimi menjelaskan arahan penutupan premis dikeluark4n sel4ma 14 hari berkuat kuasa pada Jumaat.

Katanya, bagaimanapun, pemilik premis boleh membuka premis mereka lebih awal dan perlu mendapat pengesahan daripada JKN selepas mengikut arahan pembersihan.

“Lapan kompaun dikeluarkan di tiga premis terb4bit atas pelbagai kesalahan,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Nor Azimi berkata, sebanyak 19 kompaun dikeluarkan terhadap individu yang merokok di kawasan larangan seperti di premis makanan.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan di atas kesalahan mengikut Peratur4n-Peratur4n Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Kita mahu memastikan pematuhan terhadap peratur4n kesihatan awam dengan penumpuan di kawasan industri, premis perniagaan, premis makanan yang berisiko dan kawasan tumpuan awam,” ujarnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments