Suami isteri m4ut, tujuh ceder4 nahas empat kenderaan

MARANG – Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalang4n membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, nahas berlaku kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan Proton Wira, Proton Satria Neo, Perodua Myvi dan Perodua Axia.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Satria dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu terbabas kerana hilang kawalan dan dipercayai terlanggar lopak air di tengah jalan.

“Kereta tersebut memasuki laluan bertentangan dan melangg4r tiga kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan bertentangan,” katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Menurut Mohd Zain, mangsa, Rozita Mamat, 41, yang merupakan penump4ng hadapan Perodua Axia berasal dari Kampung Bukit Depu di Kuala Terengganu disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu, Ahmad Arshad Mamat, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merchang.

Beliau berkata, tiga lagi penumpang di dal4m Perodua Axia mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut4n Jalan (APJ) 1987,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments