Wanita m4ut tercamp4k kelu4r dari Exora

LIPIS – Perjalanan dua buah keluarga pulang ke Tanah Merah, Kelantan bagi menghadiri majlis pengebumian bertukar tragedi selepas salah salah seorang daripada mereka maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM)18, Jalan Lipis-Benta di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa yang juga penumpang belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora, Normawati Mamat, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati seorang lelaki berusia 25 tahun memandu kenderaan terbabit bersama empat penumpang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kelantan untuk menghadiri majlis pengebumian bapa saudaranya di Tanah Merah.

“Sampai di tempat kejadian, Exora itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebel4h kiri bahu jalan.

Anggota bomba membantu mengeluark4n mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. – Foto ihsan PDRM

 

“Akibat kemalangan tersebut, seorang mangsa yang juga ibu kepada pemandu telah tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lipis,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujar Azli, dua penumpang iaitu bapa saudara pemandu yang berusia 55 tahun bersama adik perempuannya berusia 35 tahun cedera.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak kepada wanita berusia 35 tahun tersebut tidak mengalami kecederaan.

 

“Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambah Azli.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di lokasi benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan Proton Exora terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

“Anggota terlibat memulakan operasi dengan mengeluarkan mangs4 tersepit menggunakan peralatan menyelamat,” ujar beliau.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments