Amar4n ribut petir di 6 negeri, Wilay4h Persekutuan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluark4n amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga jam 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluark4n 9.45 pagi Sabtu memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremb4n dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – Bernama

 

 

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments