NARATHIWAT – Tiga lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbal4s tembakan di Narathiwat pada Jumaat.
Dalam insiden kira-kira jam 9 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat, Ketua Polis Siasatan Wilayah Narathiwat, Kolonel Polis Direk Shomyon berkata, pasuk4n keselamatan mengepung beberapa buah khemah yang dipercayai tempat bersembunyi sekumpulan anggota militan di kawasan pergunung4n di daerah Si Sakhon.
“Ketibaan pasukan keselamatan disedari kumpulan itu dan mereka terus melepask4n tembakan (ke arah pasukan keselamatan).
“Insiden berbalas tembakan berlarut4n hampir sejam. Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemuk4n tiga mayat di tempat kejadian manak4la yang lain telah meloloskan diri,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, pasukan keselamatan turut merampas senj4ta dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu. – Bernama