Arw4h kumpul duit untuk beli hadiah hari lahir rakan sekel4s

KLUANG – “Beberapa hari ni, dia (arwah), kumpul duit, nak tunggu saya puny4 birthday (hari lahir), dia nak bagi saya semua (hadiah), tapi tak dapat,”

Itu reaksi Adlynn Batrisya Azman, 16, rakan sekelas Muhammad Zharfan Noramin, 16, yang maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang di sini, pada Ahad.

Menurut Adlynn, Muhammad Zharfan memberitahuny4 perkara itu beberapa hari sebelum kejadian dan memintanya menunggu hadiah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, penantiannya itu bertukar menjadi igauan ngeri ap4bila mengetahui Muhammad Zharfan maut dalam kemalangan berkenaan.

“Saya kenal dia (Muhammad Zharfan) ni dari tingkat4n satu. Dia suka layan orang dan beberapa hari lalu dia banyak lepak dengan kawan lelaki dia, namun tak ada meluangkan masa dengan saya pun.

“Dia juga beritahu dia dah ada tabung sebab nak kumpul duit nak tunggu saya punya birthday.

“Dia suruh saya tunggu, sebab nak bagi saya hadiah, tapi tak dap4t. Bagi saya, dia memang baik dan suka senyum,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Muhammad Zharfan merupakan salah seorang daripada enam mangsa yang maut dalam kemalang4n membabitkan sebuah Perodua Myvi dan kenderaan pelbag4i guna (MPV), Honda Stream di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang di sini, pada Ahad.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments