Pengantin cem4s, jurunikah pengsan ketika majlis ak4d nikah

KUALA TERENGGANU – Sepasang pengantin dan tet4mu yang hadir cem4s apabila jurunikah yang mengendalikan majlis akad nikah tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejark4n ke klinik dalam kejadian pada Ahad.

Difahamkan, jurunikah berusia lingkungan 78 tahun itu tiba-tiba terbaring dan pengsan sewaktu menyampaikan khutbah nikah dalam majlis yang dihadiri kira-kira 80 tetamu di Sur4u Darul Taqwa, Perumahan Kuala Telemong, di sini.

Keluarga pengantin perempuan, Aidie Amin Yatim berkat4, insiden itu berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika majlis pernikahan adik iparnya, Nurul Nadia Atiqah Abd Rahman, 26, dan pasangan Muhammad Khairul Nizam Md Zaid, 26.

“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba menyebabk4n semua yang hadir cem4s dan majlis yang berlangsung tergendala hampir setengah jam kerana kami terpaksa mencari jurunik4h baharu bagi menggantikan tempat jurunikah tersebut.

“Mujurlah majlis akad nikah dapat diteruskan selepas menemui seor4ng lagi jurunikah yang kebetulan sedang sarapan di sebuah kedai makan bagi menggantikan jurunikah yang terp4ksa dikejark4n ke klinik,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Menurut Aidie, jurunikah berkenaan tel4h sedar daripada pengsan dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, dia difahamkan jurunikah itu mengalami tekanan darah tinggi d4n agak uzur namun tetap menggag4hkan diri untuk hadir ke upacara yang diadakan itu.

“Jurunikah yang dikenali dengan gelaran Ayoh Ngoh Suf adalah orang lama yang telah menikahkan ramai pasangan. Uniknya setiap kali menyampaikan khutbah nikah dia bukan hanya sekadar membaca melalui teks.

 

“Penyampaian khutbah nikah agak berbeza kerana dia seolah-olah menyampaik4n ceramah bagi memastikan kandungan khutbah dihayati oleh pasangan pengantin termasuk tetamu yang hadir,” ujarnya.

Sementara itu, pasangan pengantin tersebut bersyukur kerana majlis akad nikah dan jamu4n perkahwinan yang dijadualkan pada Ahad telah selesai dan berjalan lancar.

Pasangan pengantin Nurul Nadia dan suami, Muhammad Khairul Nizam ketika upacara ak4d nikah di Surau Darul Taqwa, Perumahan Kuala Telemong, di Kuala Terengganu. – Foto Ihsan keluarga i

 

Katanya, pengalaman itu sudah tentu menjadi detik yang tidak dapat dilupak4n bu4t mereka berdua.

Majlis perkahwinan pasangan peng4ntin itu diraikan di kediaman kelu4rga pengantin perempuan di Perumahan Kuala Telemong dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu termasuk keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments