KUANTAN – Keluarga kepada seorang mangsa sindiket pemerdagangan orang dan penipu4n kerja di Myawaddy, Myanmar mengaku anaknya masih dalam tawan4n kerana tidak mampu membayar wang tebusan sebany4k RM15,000 seperti diminta sindiket.
Ibu kepada mangsa yang mahu dikenali sebagai Mariam, 50, berkata, hanya mampu menangis menceritakan kisah anak keenam daripada 11 beradik, Adam Iskand4r Tukiman, 20, yang gagal diselamatkan sehingga kini.
Menurutnya, kemiskinan hidup keluarga itu menyebabk4n mereka sukar membebask4n Adam dan buntu memikirkan cara untuk mendapatkan sumber kewangan.
“Wang tebusan diminta terlalu banyak, kami tidak berduit dan tidak tahu cara untuk menebus Adam.
“Kami kini hanya boleh berdoa supaya Adam dapat dibebask4n dengan cara lain,” katanya yang menetap di Batu Pahat, Johor Bharu.
Sebelum itu, Mariam dan suami yang dikenali sebagai Tukiman, 60, dikunjungi Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang di kediaman mereka.
Kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum itu bagi mengetahui kisah lanjut mengen4i Adam dan membantu membawa balik pemuda terbabit ke Malaysia.
Mariam yang turut mengalami masalah penglihatan memberitahu, suaminya hanya bekerja sebagai pemotong rumput selain mengambil upah mengemas kebun penduduk.
“Kami memang tidak mampu menyimpan, duit hasil kerja suami h4nya untuk membeli barang dapur,” luahnya yang sedih kerana tidak dapat membantu anaknya itu.
Bercerita lanjut, Mariam berkata, Adam dikatakan menerima kerja dengan tawar4n gaji lumayan di Myanmar pada September tahun lalu.
Menurutnya, pada ketika itu, Adam tidak mengetahui yang dirinya telah diperdayakan sindiket pemerdagang4n manusia sehingga tiba di negara terbabit.
“Bila dah dapat tahu, dia (Adam) ada hubungi abangnya supay4 membawanya pulang ke sini (Malaysia), tapi sindiket meminta tebusan sebanyak RM15,000.
“Masa itu, kami sudah bagi tahu Adam, tidak mampu dan bagaiman4 hendak bawa dia balik,” ujarnya sambil menangis.
Sementara itu, Chon Siang berkata, usaha menyelamatk4n akan diteruskan dan buat masa ini Adam masih berada dalam tahanan sindiket.
“Kita akan buat sehabis baik untuk selamatk4n Adam dan m4ngsa lain,” jelas beliau lagi.
Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Luar Negeri meng4mbil berat tentang isu pemerdagangan manusia dan penipu4n kerja di negara itu.