Tembakan Tahun Bah4ru Cina: Suspek m4ut tembak diri sendiri

LOS ANGELES – Suspek dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina, maut akibat luka tembakan yang dilepaskan sendiri semasa serbuan polis pada pagi Ahad.

Motif serangan, yang menyebabkan 10 orang maut dan sekurang-kur4ngnya 10 yang lain cedera, masih dalam siasatan, kata pihak berkuasa.

Suspek dikenal pasti sebagai Huu Can Tran, seorang lelaki Asia berusia 72 tahun.

Kejadian itu berlaku di Monterey Park, California, yang merupak4n komuniti majoriti Asia-Amerika yang pernah digelar sebagai “Chinatown pinggir bandar pertama”.

Pihak berkuasa berkata selepas melepaskan tembak4n di sebuah studio tarian, suspek menyasarkan lokasi kedua di Alhambra, sebuah lagi bandar majoriti Asia Amerika.

Namun dia melarikan diri selepas pistolnya berjaya diramp4s oleh dua orang awam.

Dalam sidang media pada Ahad, Syerif Robert Luna dan ahli politik tempatan memuji keberanian dua individu tersebut, yang dilihat berjaya menghalang tragedi lebih teruk.

Judy Chu, ahli kongres yang mewakili Monterey Park, memberit4hu penduduk bahawa mereka tidak lagi dalam bahaya, namun memaklumkan punca mengapa studio tarian itu menjadi sasaran masih tidak jelas. – Awani

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments