Terkena renjat4n elektrik ketika selamatkan m4ngsa kemalangan

KLUANG – Luluh hati seorang bapa melihat anak yang masih kecil terkulai selep4s kereta Perodua Myvi dinaiki bersama enam penumpang lain terbabit kemalang4n di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat- Mersing pada petang Ahad.

Menceritakan pengalaman tragis itu, Mohd Arifin Syamsuddin, 32, mendakwa dia mengal4mi renjatan elektrik sewaktu mengangkat anak dan ahli kelu4rga yang lain selepas kemalangan berlaku.

Jelasnya, renjatan elektrik itu dipercayai berpunca daripada pagar elektrik yang ada di kawasan itu.

“Saya cuba menyelamatkan mereka dengan turun ke kawasan tebing, memang terasa ada renjatan elektrik namun tidak menghiraukannya. Pakcik saya yang membantu turut mengal4mi renjatan elektrik.

“Saya menyelamatkan mereka bermula dengan mendukung an4k kedua Nur Annalesha Rania, 6, yang diriba ibu saudaranya, Siti Nurzannah di kerusi penumpang hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Enche’ Hajjah Besar Khalsom ( HEHBK) di sini pada malam Ahad.

 

Gambar kenangan pada Aidilfitri lalu, Siti Nurzann4h (belakang, kiri), Masrina (tengah), Mohd Ashraf (depan, kiri) dan Annalesha (depan, kanan).

 

Mohd Arifin memberitahu, mereka sekeluarga sebelum itu dalam konvoi menaiki tiga kenderaan dari Layang-layang menuju ke Mersing untuk menziarahi bapa saudara dan berkelah di Pantai Air Papan, Mersing.

 

Dalam nahas itu, anak sulung Mohd Arifin, Mohd Ashraf Rafiq, 11, dan sepupuny4 yang juga adik beradik Muhammad Zharfan Noramin, 15 dan Muhammad Syakir, 10 turut terkorban.

Adik iparnya, Siti Nurzannah Kadhar 25, dan Masrina Kadhar, 20, juga terbunuh di samping, seor4ng lagi kenalan keluarga mereka iaitu Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22.

Manakala, Annalesha Rania masih lagi menerima rawatan di HEHBK kerana cedera di bahagian kepala dan pinggul.

Mohd Arifin berkata, Mohd Ashraf tidak menunjukk4n sebarang perubahan sikap namun sempat memberikan wang RM40 untuk dibelanjak4n untuk bercuti.

 

Rosnina bersama Siti Nurzannah (belakang) dan Masrina.

 

“Saya hairan entah kenapa Mohd Ashraf mahu menaiki Perodua Myvi itu bersama sepupunya walaupun saya melarangnya. Selama ini kami sekeluarga tidak pernah naik kereta berasingan,”katanya.

Sementara itu, isterinya Rosnina M Riyanto, 28, turut menceritakan detik cemas melihat kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua orang anaknya melambung dari pandangan cermin sisi kereta.

“Kami terdengar bunyi dentuman dan menjerit menyebut nam4 anak. Suami terus membuat pusingan U namun ketika itu kereta berkenaan sudah terbalik di bahu jalan. Suami terus meluru kelu4r dari kereta untuk menyelamatkan anak dan mangsa yang lain,” katanya.

 

Keadaan di pekarangan Unit Unit Perubatan Forensik Hospital Enche’ Hajjah Besar Khalsom ( HEHBK) Kluang dipenuhi keluarga dan saudara mangsa pada malam Ahad.

 

Rosnina tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih ketika berkongsi mengenai peribadi anaknya Mohd Ashraf yang mesra disapa sebagai abang.

“Arwah sangat penyayang dan rapat dengan dua orang adiknya yang berusia enam dan dua tahun. Dia juga rapat dengan saya dan rajin membantu menjaga adiknya,” katanya.

Ujarnya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam di Keramat, Kuala Lumpur, manakala kedua adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Hulu Langat Selangor.

Semua jenazah mangsa selesai proses bedah siasat dan dituntut oleh waris pada pagi Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan enam maut termasuk dua kan4k-kanak selepas sebuah Perodua Myvi dinaiki lapan individu terbabit kemalangan dengan sebu4h kenderaan jenis Honda Stream di KM 71 Jalan Mersing-Kluang, di sini, pada kira-kira jam 4.40 petang pada Ahad.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments