Anggota polis meng4ku tidak bersalah terim4 rasuah

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersal4h di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Selasa atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM1,500, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail, 32, membuat pengaku4n berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Narkotik, IPD Kubang Pasu didakwa menerima wang rasuah dari seorang lelaki yang kini berusia 26 tahun.

Suapan tersebut didakwa diterimanya sebagai upah kononnya telah memb4ntu menyelesaikan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap lelaki berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 11.34 malam, 18 November 2020 di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegah4n Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fauzee Azizan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suap4n atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di Pejabat SPRM Langkawi sebul4n sekali.

About Mat Lan Editor

Check Also

Hanya Berh4rga RM4.90, Ini Set Menu Rahmah Yang Ditawark4n MYDIN Setiap Hari

Bagi meringankan beban dan memastikan golongan B40 mampu membeli makan4n di restoran pada harga berpatutan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *