Bakar al-Quran: Tindakan biad4b, tuntut permohon4n maaf

SHAH ALAM – Tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran semata-mata kerana perselisihan pendap4t mengenai kandung4nnya disifatkan biadab dan tidak bertamadun.

Naib Ketua dan Pengarah Biro Antarabangsa Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Anfaal Saari berkata, kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu keam4nan selain tidak boleh digunakan sebagai umpan agama bagi menimbulkan kebenci4n antara pihak yang cintakan keamanan.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Sweden yang membenarkan pembakar4n al-Quran oleh ahli politik sayap kanan semasa protes di luar Kedut4an Turki di Stockholm, Sweden.

“Perbalahan diplomatik antara Sweden dan Turki tidak melibatk4n al-Quran sama sekali. Oleh itu, tindakan membakar al-Quran adalah gimik karut dan tidak matang untuk mencetusk4n kemarahan umat Islam serta mengganggu keamanan.

“Jika sesiapa mempunyai sebarang masalah dengan al-Quran, jalan ke hadapan adalah deng4n melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan dengan cendekiawan Islam mengenai kandungannya dan bukannya membakar al-Quran,” katanya di Facebook rasmi Parti Amanah Negara (Amanah) pada Selasa.

Pada Sabtu, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selep4s Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam pada itu, Anfaal berkata, negara Islam di seluruh dunia mengec4m tindakan membakar al-Quran selain melabelkan ia sebagai tindakan tidak masuk akal dan memalukan pihak berkuasa Sweden kerana membenarkan perkara tersebut berlaku.

About Mat Lan Editor

Check Also

Hanya Berh4rga RM4.90, Ini Set Menu Rahmah Yang Ditawark4n MYDIN Setiap Hari

Bagi meringankan beban dan memastikan golongan B40 mampu membeli makan4n di restoran pada harga berpatutan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *