Kebebasan bersuar4 bukan alasan hina kesuci4n Islam

SHAH ALAM – Kebebasan bersuara diamalkan di Barat tidak sepatutnya dijadik4n alasan untuk menghina kesucian agama Islam mahupun mana-mana agama lain, kata Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata, Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan biad4b pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran dan menyifatkannya sebag4i ekstrem serta menghina kesucian agama Islam.

Katanya, adalah amat tidak wajar untuk mana-mana individu dengan sewenang-wen4ngnya menghina agama lain terutama dalam bentuk provokasi seperti membak4r al-Quran mahupun melukis karikatur berupa Nabi Muhammad SAW.

“Ia adalah satu tindakan yang amat rasis dan Islamofobia yang melampau, ia telah mencetusk4n kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Di saat dunia berada di ambang ketidaktentu4n, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembung4n antara agama yang mampu membawa kepada kesan yang amat buruk,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, Rasmus yang menyert4i bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilapork4n membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuh4n Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, umat dan dunia Islam sewajarnya mengec4m tindakan biadab itu yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.

About Mat Lan Editor

Check Also

Hanya Berh4rga RM4.90, Ini Set Menu Rahmah Yang Ditawark4n MYDIN Setiap Hari

Bagi meringankan beban dan memastikan golongan B40 mampu membeli makan4n di restoran pada harga berpatutan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *