PETALING JAYA – Seorang penunggang maut selepas motosik4l ditungganginya hilang kawalan dan terbabas di simpang masuk ke susur Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika tiba di lokasi, mangsa hilang kawalan lalu merempuh besi pembahagi jalan sekitar jam 6.35 pagi.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 458 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan melibatkan seorang lelaki tempatan yang menungg4ng motosikal jenis Honda RS150.
“Mangsa berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkut4n Jalan (APJ) 1987 dijalankan bagi mengen4l pasti punca sebenar kejadian.
“Bagi saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 0142536820,” ujar beliau.