Polis gempur Kumpulan Ayah4nda Harimau Kumb4ng

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan haram Ayahanda Harim4u Kumbang (AHK) yang digempur pasukan polis bermula Khamis lalu dikesan menjadi orang tengah untuk mengutip hutang ah long dan aktiviti menarik kereta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dua kegiatan tersebut dipercay4i turut melibatkan elemen keganasan dan gengsterisme iaitu menggunakan kekerasan serta ugutan jenayah terhadap mangsa.

Menurutnya, ia susulan penahanan 21 individu termasuk dua pegawai polis berpangkat inspektor dan 12 anggota polis pangkat rendah berusia 20 hingga 49 tahun dalam Op Selend4ng di sekitar Dungun serta Kuala Terengganu bermula Khamis hingga Sabtu lalu.

“Namun tidak semua anggota polis yang ditahan terlibat secara langsung dengan perlakuan jenayah ini tapi mereka menjadi ahli pertubuhan haram, ia merupakan satu kesalahan dalam perkhidmatan polis.

“Pertubuhan ini merupakan serpihan dari satu kumpulan lain dan anggota polis dipercayai mula terlibat di dalamnya sejak tahun 2021,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini pada Selasa.

Rohaimi berkata, pelbagai barangan turut dirampas dalam oper4si itu termasuk enam bilah pedang, satu badik, satu ekor pari diubah suai menjadi senjata tajam, lapan kenderaan, 28 telefon bimbit, pakaian berlogo pertubuhan dan pelekat kenderaan.

Katanya, penyertaan ahli ke dalam kumpulan diketuai seorang peniaga berusia 39 tahun itu turut melibatkan baiah berikutan rampasan peralatan bagi tujuan ritual tersebut seperti selend4ng, kain kafan dan naskhah Al-Quran.

Jelas beliau, kumpulan AHK yang mempunyai ahli sekitar 200 hingga 300 orang di sekitar Dungun dipercayai memberi perlindungan kepada ahli bagi mengelak kenderaan mereka ditarik atau dikenak4n tindakan sekiranya melakukan kesalahan.

Rohaimi (dua dari kanan) menunjukkan senj4ta yang dirampas daripada kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang.

 

“10 anggota polis yang terlibat telah ditahan kerja bermula semalam (Isnin), dua pegaw4i menunggu tindakan lanjut dari Bukit Aman manakala dua anggota lagi termasuk tujuh individu akan masih ditahan reman sehingga esok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Bukit Aman menah4n 12 anggota dan dua pegawainya untuk siasatan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di sini pada Jumaat.

Operasi Op Selendang yang dijalankan itu turut menah4n tujuh orang awam.

Difahamkan, pertubuhan kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) itu dipercayai aktif di kalangan anggota terbabit sejak beberapa tahun lalu.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

dj-era-terkejut-dapat-panggilan-dari-wanita-kongsi-pengalaman-bangga-rampas-suami-orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang. Apabila bercakap …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments