‘Sedekah’ pilih4n raya kep4da pengundi tetap rasuah

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyias4t apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-und4ng, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.

Memetik laporan The Star, Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudk4n dengan pembelian undi.

“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya.

Azam menegaskan bahawa Seksyen 10 (a) mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkenaan petisyen difailkan UMNO Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.

Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahk4n wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hany4 calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

About Mat Lan Editor

Check Also

Hanya Berh4rga RM4.90, Ini Set Menu Rahmah Yang Ditawark4n MYDIN Setiap Hari

Bagi meringankan beban dan memastikan golongan B40 mampu membeli makan4n di restoran pada harga berpatutan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *