Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mahkam4h merupak4n tempat sesuai bagi memutuskan dakwaan tersebut.
“Sesiapa yang tidak puas hati, buktikan (keputusan) pilihan raya itu patut di batalkan disebabkan wujud amalan rasuah,” katanya menerusi sidang akhbar di kementeriannya, di sini pada Khamis.
Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh membu4t dakwaan tanpa kemukakan sebarang bukti.
“Kalau sekadar cakap, saya kira ramai yang boleh cak4p,” katanya.
Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) berkata, terdapat agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara itu.
“Biarlah agensi laksana tugas dan peranan mereka. Kalau terbukti, mereka boleh failkan di mahkamah,” katanya.
Pada Rabu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dakwaan tersebut menerusi hantar4n di laman sosialnya.
Dakwanya pada PRU15 lalu, rasuah diberikan secara terbuk4 dan ram4i yang menerimanya sebelum mengundi.
Terdapat bukti lain mengenainya semasa pilihan raya yang berlaku tanpa halangan.