Bekas pegaw4i khas ADUN ditemui meningg4l dunia dalam kereta

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang merupakan bek4s pegawai khas mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, ditemukan meninggal dunia akibat sakit jantung di dalam sebuah kereta berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, Rawang, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkenaan lelaki berusia 52 tahun itu yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan dipandunya pada 5.14 pagi.

Bagaimanapun Suffian tidak mendedahk4n nama mangsa berkenaan.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan merupakan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang dipercayai mahu pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa.

“Semasa kejadian, mangsa sedang memandu kenderaan jenis Proton Exora dan dipercayai telah mendapat serangan sakit jantung sehingga kenderaan yang dipandunya terbab4s di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pegawai perubatan telah hadir ke lokasi kejadian dan mengesahk4n kematian mangsa.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan hasil bedah siasat mendap4ti punca kematian si mati adalah disebabkan serangan jantung,” katanya.

Suffian berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenay4h berlaku dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta menasihati masyarak4t supaya berhati-hati dan memandu hanya ketika dalam keadaan sihat. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments