Diupah RM10,000 bakar gud4ng pakai4n, polis cari Logeswaran

KUALA LUMPUR – Polis masih mengesan suspek utama disyaki terlib4t kes khianat api membabitkan dua kebakaran di sebuah gudang pakai4n di Jalan 2/17 Mutiara Fadason di sini, baru-baru ini yang membabitkan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek, G Logeswaran, 41, yang beralamat di M2-3-14 Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah di sini, dipercayai dapat memb4ntu untuk menyelesaikan siasatan kes terbabit.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadi4n pertama kebakaran gudang pakaian berkenaan daripada pengurus berusia 31 tahun pada 6 Januari lalu.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan yang mana ia hanya meliputi kawasan bahagian hadap4n gudang. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kebakaran bermula jam 3.06 pagi dan terdapat kelibat suspek memanjat tembok serta membaling sesuatu ke arah gudang dan selepas itu nampak nyalaan api.

“Kerugian dianggarkan sebanyak RM4,000 yang membabitk4n kerosakan peti ais, sofa serta peti suis elektrik yang berada di bahagian luar gudang. Siasatan dijalank4n mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Eng Lai berkata, pada 11 Januari sekitar jam 4.30 pagi polis sekali lagi menerima laporan kebakaran membabitkan gudang sama dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.

“Kejadian dilaporkan berlaku di bahagian belakang gud4ng. Setelah kebakaran berjaya dipadam oleh pihak bomba, mangsa mendapati segala stok baju Melayu dan barangan lain telah terbakar

“Anggaran jumlah stok baju Melayu yang terbakar adalah sebanyak 14,400 helai yang mana juml4h keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments