‘Kami bagi percum4 saja air su4m

SEREMBAN – Sememangnya menjadi h4k peniaga untuk mengenakan caj air suam atau air kosong kepada pelanggan, namun ia biarlah bersesuaian bukannya sehingga RM2.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa premis makanan di daer4h ini dan Port Dickson pada Jumaat bagaimana pun mendapati kebanyakan mereka memberi percuma air berkenaan kepada pelanggan.

Malah ada yang meletakkan tong air tersebut b4gi memudahkan pelanggan mengambilnya.

Pemilik restoran di Seremban 2, Shahrul Iswan Zailan, 36, pula berkata, sejak membuka restoran empat tahun lalu, dia sememangnya tidak mengenakan sebarang caj untuk air suam dan air kosong kepada pelanggan.

“Di setiap meja makan saya akan sediakan sebotol air kosong dan jika tid4k cukup, pelanggan boleh ambil secara percuma di mesin air disediakan.

“Niat saya sambil berniaga mahu bersedekah. Tapi kalau peni4ga lain nak caj pun tiada masalah, cuma harganya perlulah bersesuaian,” katanya.

Bagi peniaga di Port Dickson pula, Saiful Nizam Talib, 43, berkata, tidak samp4i hati untuk mengenakan caj kepada pelanggan yang minum air suam atau air kosong.

Oleh sebab itu katanya, dia menyediakan tong air kosong di kedainya bagi memudahkan pelanggan mengambilnya.

Siti Nor Ain
Siti Nor Ain

 

Peniaga di Medan Selera Penghulu Cantik, Siti Nor Ain Mohd Sin, 34, berkata, mana-mana peniaga berhak mengenakan caj air suam kepada pelanggan namun ia biarlah berpatutan.

“Biasanya saya tak caj pun, tapi kalau satu kumpulan pelanggan datang semu4nya minta air suam, saya cajlah 20 sen segelas.

“Tapi kalau RM2 segelas, memang tak wajarlah,” katanya.

 

Muhammad Ammar menunjukkan air suam dan ais kosong adalah percuma
Muhammad Ammar menunjukkan air suam dan ais kosong adalah percuma

 

Muhammad Ammar Wan Mohd Saidi, 28, berkata, dia serba salah untuk mengenakan caj air suam namun ia terpulang kepada peniaga.

Sebelum ini tular di media sosial, peniaga di Port Dickson mengenakan caj RM2 untuk air suam dan RM1 untuk air kosong kepada pelanggan.

Resit berkenaan dikongsi seorang pelanggan pada hantaran Facebooknya dan jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM102.

Dia turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika pergi makan di kedai berkenaan yang terletak di Port Dickson.

 

 

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments