Laung4n takbir bergema di Keduta4n Sweden

KUALA LUMPUR – Laungan takbir bergema di hadapan Keduta4n Sweden di Jalan Mayang Sari di sini, apabila lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul bagi menyerahkan nota bantahan pada Jumaat.

Dianggarkan sekitar 100 individu berkumpul di hadap4n pintu masuk ke Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan biadab ahli politik sayap kanan dari Denmark, Rasmus Paludan yang membak4r kitab suci al-Quran di khalayak ramai dekat Stockholm, Sweden baru-baru ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuh4n Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan tindakan kerajaan Sweden yang tidak mengambil tindakan terhadap Paludan kononnya atas dasar hak kebebasan bersuara.

“Ia satu tindakan yang bahaya walaupun atas nama kebebas4n pendap4t. Saya juga bertanya kalau ada kumpulan yang menyerang dan menghina agama Kristian yang dominan di Sweden, adakah kerajaan Sweden akan berdiam diri? Sudah tentu tidak.

“Jadi kenapa kerajaan Sweden tidak mengambil tindakan kepada pelaku yang membakar al-Quran itu. Dia akur dan terima bahawa mereka ada kebebasan,” katanya kepada media selepas menyerahk4n nota bantahan kepada wakil Duta Sweden ke Malaysia di sini pada Jumaat.

Nota bantahan berkenaan diserahkan sendiri kepada pihak kedutaan oleh Mohd Azmi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Penasihat Umum Amanah, Datuk Seri Ahmad Awang.

Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, beliau sempat menyampaikan senaskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris kepada wakil kedutaan untuk disampaikan kepada Duta Besar Sweden ke Malaysia, Joachim Bergstrom yang tiada di pejabat ketika ini.

“Saya katakan kepadanya (wakil Duta) bahawa Islam adalah agam4 kedamaian, tidak boleh hina sepatah pun kepada agama lain kerana itu larangan besar dalam Islam begitu juga kita tidak menganjurkan tindak balas secara ganas.

 

“Dalam pertemuan kira-kira 10 minit, saya menyatakan kepada wakil Duta itu bah4wa perbuatan membakar al-Quran adalah perlakuan yang sama sekali tidak boleh diterima. Implikasinya bukan hanya satu negara malah ke seluruh dunia,” katanya.

Diminta mengulas berhubung desakan beberapa NGO yang meminta pemboikotan produk dari Sweden, beliau menjelaskan bahawa pihaknya masih belum sampai ke tahap itu.

“Namun, jika masih berdegil dan tiada reaksi sewajarnya daripada kerajaan Sweden yang kononnya menunjukkan provokasi itu sebagai bentuk kebebasan, kami merancang supaya diadakan boikot barangan keluaran negara mereka.

“Sekurang-kurangnya tiga hari (tempoh diberikan) jika tak buat permohon4n maaf secara terbuka mewakili seluruh rakyat Sweden kita akan boikot,” ujar beliau.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments