Pengutip besi buruk dihukum gantung samp4i m4ti

IPOH – Seorang pengutip besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat selepas didapati bersalah membunuh pengawal keselamatan, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap R Saravanan, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan pembunuhan dengan menyebabk4n kematian ke atas K Gobi Nathan, 44, di belakang sebuah restoran, Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu, Chemor antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada 5 Julai 2015.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pend4kwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, T Vijayandran.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan telah dikemukakan sepanjang prosiding yang berlangsung sejak Disember 2021.

Saravanan dilihat mengalir air mata menoleh ke belakang memand4ng wajah ahli keluarganya sebaik hukuman ditetapk4n dan sempat memeluk ahli keluarg4nya sebelum dibawa keluar ke lokap.

Media melaporkan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tujuh tetakan di kepala dan kedua-dua belah tangan akibat diserang dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah lorong dekat Laluan Klebang Restu di sini.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments