Dua beran4k warga em4s ‘gagah’ demi hobi memancing

PASIR MAS – Biarpun masing-masing sudah berusia, namun dua beran4k warga emas di sini tetap bersemangat untuk menyertai pertandingan mem4ncing secara tradisional di tali air Kampung Perangkap di sini.

Sepiah Awang, 70, dan ibunya, Mariam Daud, 98, berjal4n sejauh kira-kira 300 meter dari rumah mereka untuk memancing di tali air itu.

Mereka membawa buluh kecil sepanjang lebih 1.5 meter dan s4tu plastik kecil belalang yang ditangkap di sekeliling rumah untuk dijadikan umpan.

“Buluh yang emak saya guna sudah berusia lebih tiga tahun dan selalunya kami bergilir-gilir menggunanya untuk memancing di belakang rumah ketika masa lapang,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Menurut Sepiah, mereka tidak mempunyai masal4h kerana buluh kecil itu boleh ditebang di sebelah rumah sahaja.

“Kami selalunya akan dapat ikan keli, haru4n dan puyu yang akan disedekahkan kepada jiran dan saudara di kampung,” katanya yang mempunyai 11 cucu.

Seorang lagi warga emas, Rosly Jaafar, 63, berkata, pertandingan memancing itu memberi peluang dia bertemu penduduk kampung selepas mengalami angin ahmar kira-kira dua tahun lalu.

 

“Saya dibantu menantu dan anak yang mencarikan cacing sebagai umpan. Inilah mas4nya kami sekeluarga serta penduduk kampung bertemu dalam suasana meriah dan mesra,” katanya.

Sementara itu, wakil MKG, Norlida Jaafar berkata, penganjuran pertandingan mengail pertama kali diadakan di kampung itu dan mendapat sambutan daripada penduduk.

Penduduk Kampung Perangkap yang menyertai pertandingan mengail secara tradisional.

Menurut Norlida, ramai ahli keluarga Mek Gayah dari seluruh negara term4suk Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur pulang untuk menyertai pertandingan ini.

“Penduduk kampung sekitar turut bersama dalam program kami ini hasil promosi melalui media sosial dan hebahan penduduk,” katanya.

Tambahnya, lebih 200 orang menyertai pertandingan mengail secara tradisional yang berlangsung selama empat jam bermula jam 8 pagi.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments