Enam ti4ng, enam kis4h di Raudhah

RAUDHAH dikenali taman syurga di dunia. Ia merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketika menjadi tetamu di taman syurga ini, kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa di kawasan Raudhah kerana terdapat banyak keistimewaan disebaliknya yang pasti menjadi saksi kepada perjuangan Baginda SAW.

Kembara Haramain di laman Facebooknya berkongsi mengen4i enam tiang-tiang penting dan satu Mihrab yang ada di dalam Raudhah, Masjid An-Nabawi asy-Syarif. Bukan sekadar tiang biasa namun tersirat kisah-kisah hebat di sebaliknya.

Antara tiang tersebut ialah:

1. Tiang Sarir

Ketika satu masa dahulu, tiang ini merupakan tiang di mana temp4t Nabi Muhammad SAW berehat dan di sini juga Saidatina Aishah binti Abu Bakar RA menyikat dan menyisir rambut Baginda Nabi.

2. Tiang Ali / Tiang Pengawal

Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai temp4t untuk mengawal rumah Nabi Muhammad SAW, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA.

3. Tiang Wufud (Deligasi)

Suatu mas4 dahulu, ruang di sekitar tiang ini sering digunak4n oleh Nabi Muhammad SAW untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah al-Munawwarah.

4. Tiang Aishah

Tiang ni sangat istimewa, di mana tiang inilah Nabi Muhammad SAW selalu mengerjakan solat tahajud, munajat dan solat taubat setiap malam. Tiang ini jug4 turut disukai oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Ibn al-Khattab RA. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersol4t di tepi atau belakang tiang ni dan berdoalah sebanyaknya kepada ALLAH SWT.

5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)

Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilap4n iaitu berbohong kepada Nabi Muhammad SAW. Akibat rasa bersalah pada baginda, Lubabah mengikat dirinya di tiang ini selama tiga hari sehingga tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

6. Tiang Muhallaqah

Tiang ini dahulunya adalah sebatang pokok kurma yang selalu dipegang Baginda sem4sa berkhutbah. Batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan Mimbar yang baru.

Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada pokok tu, “Engk4u akan kekal dengan aku di dalam syurga dalam keadaan seperti batang pokok macam ni” barulah pokok kurma tersebut diam. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

7. Mihrab Nabi

Di mihrab inilah Nabi Muhammad SAW menggunakannya untuk solat berjemaah bersam4 sahabat-sahabat Baginda. Kisah di sebalik mihrab ini juga berkait rap4t dengan Saidina Umar Ibn al-Khattab ketika ditikam oleh Abu lu’lu’ah al-Majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments