Isteri ditahan disy4ki larikan RM520,000 w4ng perniagaan suami

MELAKA – Polis menahan seorang wanita disyaki melarikan wang perniagaan milik suaminya berjumlah RM520,000 dalam satu serbuan di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 35 tahun itu diberkas susulan laporan polis oleh suaminya yang mendakwa wang tun4i dalam peti besi simpanannya hilang.

“Pada 4 Januari lepas kira-kira 6.30 petang pengadu berusia 37 tahun pulang ke rumahnya di Permat4ng Pasir, Alai dari Kuala Lumpur dan memeriksa dua peti besi di tingkat dua dan tiga, sebelum mendapati wang tunai rutin perniagaannya telah tiada.

“Jumlah wang tunai dalam kedua-dua peti besi itu lebih kurang RM520,000 dan terdapat juga wang tunai lain yang tidak dapat dipastikan jumlahnya serta barang kemas milik emak peng4du,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Christopher berkata, pengadu yang menjalankan perniagaan pinjam4n wang berlesen memaklumkan tiada kerosakan pada peti besi tersebut dan mengesyaki isterinya mencuri wang tunai daripada peti besi itu.

Beliau berkata, dalam soal siasat, suspek yang mempunyai masalah dengan suaminya itu tidak mengaku terlibat dengan kes berkenaan selain turut membuat laporan polis bagi menafikan pembabit4nya dalam perkara itu.

“Suspek mengatakan dia ada memulangkan RM280,000 iaitu separuh daripada jumlah wang tersebut kepada ipar yang baik dengannya di stesen minyak di Semabok dan iparnya itu juga ada membuat laporan menerima duit tersebut.

“Namun, suspek tidak pulangkan baki wang tersebut menyebabkan kes itu diteruskan, tetapi apabila ditangkap wanita itu tidak mengaku ada memulangkan wang dan mengatakan ia dokumen simp4nan tetap sahaja bukannya wang tunai,” katanya.

 

Christopher berkata, polis turut merampas telefon bimbit jenama Iphone 12 Pro Max dan suspek direman dua hari hingga semalam, namun telah diikat jamin.

Menurutnya kes disias4t di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan keran4 mencuri dalam bangunan. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments