Sens4si Azeem lebur rekod 24 tahun W4tson di AS

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi melakar sejarah di Amerika Syarik4t (AS) apabila mencipta rekod baharu acara 60 meter (m) dalam dewan di Texas awal pagi Sabtu.

Pelari berusia 19 tahun itu mencat4t masa 6.63 saat (s) pada pusingan pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Texas Tech di Pusat Kecemerlangan Prestasi Texas Tech.

Catatan itu memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s yang dibu4t Watson Nyambek 24 tahun lalu dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalan Dewan IAAF di Jepun pada tahun 1999.

“New national record! (Rekod kebangsaan baharu!), Alhamdulillah,” tulis Azeem menerusi Instagramnya.

Dalam kejohanan berkenaan, Azeem menamatk4n pusingan kelayakan di tempat kelima dengan masa 6.72s.

Pemegang rekod 100m negara itu kemudian melakuk4n catatan 6.63s pada pusingan pertama untuk berada dalam senarai lapan peserta terbaik.

Di pentas final, Azeem yang mewakili Universiti Auburn meraih podium pertam4nya apabila memen4ngi pingat perak selepas mencatat masa 6.65s.

Pingat emas dimenangi Micah Williams dari Universiti Oregon dengan catatan 6.49s, manakala gangsa menjadi milik pelari Universiti Louisiana, Rodney Heath Jr. menerusi masa 6.67s.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments