Sebuah lagi berita menarik pada minggu ini apabila nilai ringgit dibuka dengan lebih kukuh berbanding seminggu lalu iaitu pada kadar RM4.25 berbanding Dolar Amerika Syarikat.
Difahamkan aliran kenaikan selama tiga kali berturut-turut ini dilihat berpaut kepada jangkaan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutan AS yang mungkin ak4n menurunkan kadar faedah daripada 50 mata asas (bps) kepada 25 bps.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz pula berkata, Malaysia telah mempamerkan angka kukuh dengan kadar pengangguran pada 3.6 peratus dan inflasi di bawah kawal4n pada 3.8 peratus yang menyokong unjuran pasaran tempatan selaku destinasi yang baik bagi pelaburan tempatan.
“Dari sudut teknikal, dolar US/Ringgit menghampiri lingkungan paras sokongan pada 4.2400. Sekiranya harga tersebut berjaya melepasi sokongan ini, ia boleh merosot kepada 4.1700 dan ia sewaj4rnya mendapatkan sokongan yang lebih penting,” katanya.
Sementara itu, Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata w4ng utama. Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura di mana 1 SGD bersamaan RM3.24.
Diharap kestabilan politik, langkah strategik yang dibuat kerajaan beserta keadaan ekonomi sem4sa sekaligus dapatkan mengukuhkan lagi nilai Ringgit pada masa mendatang.