CEO d4kwa diugut, dipukul pemilik syarik4t

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mend4kwa diugut dan dipukul oleh pemilik syarik4t kerana perlu bertanggungjawab terhad4p kerugian sebuah syarikat di Jalan Duta, di sini pada 19 September tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihiz4m Abdul Shukor berkata, ketika kejadian, suspek disyaki telah merampas telefon bimbit mangs4 dan menuduhnya mencuri w4ng syarikat.

“Mangsa telah ditumbuk beberapa kali di muka oleh suspek serta dipaksa memindahk4n wang secara dalam talian dan tunai pada 19 September hingga 21 September tahun lalu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, saksi mengesahkan punca kejadian kerana suspek meminta mangsa bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh syarikat.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian wang serta seutas jam tangan dan pelbagai beg berjenama, jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa dianggarkan bernilai lebih RM 1.7 juta,” katanya.

Amihizam berkata, laporan berkaitan kes itu dibuat oleh seor4ng lelaki berusia 38 tahun pada jam 1.27 petang, 18 Januari lalu.

“Mangsa yang bekerja bersama suspek dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran syarikat nekad membuat laporan polis setelah menerima nasihat daripada rakan-rakannya,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

“Kita juga mendapati suspek disyaki terlibat dengan penyiasat4n kes lain yang telah dilaporkan pada 12 Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 342, 384, 506, 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek telah ditangkap dan ditahan reman bersabit kedua-dua kes tersebut, namun dilepaskan dengan jaminan polis pada 19 Januari lalu.

“Kertas siasatan bagi kes ini dan semua laporan yang melibatkan suspek ak4n dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan tuduh di mahkamah,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments